SINOPSIS
Badar dan Jais cuba
mengorek rahsia Zali yang meminati seorang pengawas yang bernama Zalina.
Zali tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu sebaliknya dia hanya
tersenyum. Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada
Zalina. Zali bimbang kalau-kalau Zalina akan mengadukan perkara itu
kepada Cikgu Halil, guru disiplin di sekolah mereka. Badar dan Jais
meminta Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya
yang ingin berkenalan serta bersahabat dengan Zalina. Akhirnya surat itu
siap ditulis oleh Zali dan diletakkan di dalam meja Zalina.
Zalina
membawa surat yang ditulis oleh Zali untuk ditunjukkan kepada Cikgu
Halil. Jais bimbang rahsia Zali terbongkar. Zali agak yakin Cikgu Halil
tidak akan tahu. Namun begitu, apabila Jais menyebut tentang tulisan
Zali, Zali mulai bimbang. Badar Zalina tidak mungkin berani melaporkan
perkara itu kepada Cikgu Halilnkerana nanti dia juga yang akan malu.
Ternyata andaian Badar itu meleset. Cikgu Halil masuk ke kelas dan
menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu
Halil meneliti tulisan dalam buku para pelajar. Beliau meneliti tulisan
dalam buku Zali agak lama. Cikgu Halil meminta Zali menulis nama dan
alamatnya di papan hitam. Terbuktilah bahawa tulisan dalam surat itu
meyerupai tulisan Zali. Beliau meminta Zali mengakui kesalahannya.
Cikgu Halil memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Zali
bergantung kepada keputusan Zalina. Zali meminta maaf kepada Zalina.
Zalina memaafkan Zali dan menasihati Zali supaya tidak mengulang
perbuatannya. Badar dan Jais berasa gembira.
TEMA: Kenakalan pelajar lelaki yang sedang meningkat remaja yang melanggar peraturan sekolah.
PERSOALAN
1. Perasaan tertarik kepada individu yang berlainan jantina.
2. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja.
3. Peranan guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
4. Amalan bermaaf-maafan merupakan amalan yang baik.
5. Ketegasan seorang pengawas untuk menguatkuasakan peraturan sekolah
WATAK DAN PERWATAKAN
• Zali: rakan Badar dan Jais, meminati Zalina, mudah terpengaruh oleh
kata-kata Badar dan Jais,pelajar yang baik dan bijak,berani mengakui
kesalahannya, sanggup meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya.
• Badar: rakan Zali dan Jais, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
• Jais: rakan Zali dan Badar, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
• Zalina: pengawas sekolah dan berambut panjang, bijak,cantik dan bersopan, tegas, rajin, pemaaf.
• Cikgu Halil: tidak terburu-buru dalam membuat keputusan, bijak,tegas, berfikiran terbuka.
• Fatimah: kawan baik Zalina, pustakawan sekolah.
PLOT
• Permulaan: Zali, Jais dan Badar berbual-bual di bawah pokok tentang seorang
pengawas perempuan di sekolah mereka, Zalina. Zali berhasrat mahu
berkenalan dengan Zalina.
• Perkembangan: Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina dan
meletakkan surat tersebut ke dalam meja Zalina. Zali menyetujuinya.
Dengan bantuan Jais dan Badar yang mengawasi persekitaran, Zali berjaya
meletakkan surat tersebut di dalam meja Zalina.
• Perumitan: Fatimah marah apabila Badar, Zali dan Jais membuat bising di dalam
kelas. Zalina menemui Cikgu Halil dan menyerahkan surat yang diterimanya
kepada Cikgu Halil.
• Puncak:
Cikgu Halil mengarahkan semua murid meletakkan buku karangan
masing-masing di atas meja. Zali yang tidak membawa buku karangannya
diminta menulis alamatnya di papan hitam. Perbuatan Zali terbongkar
apabila tulisannya sama dengan tulisan dalam surat yang diterima oleh
Zalina.
• Peleraian: Zali meminta maaf kepada Zalina atas perbuatannya dan Zalina memaafkannya.
TEKNIK PLOT
Teknik dialog
ZALI: Kalau aku tidak tulis nama, macam mana aku hendak kenal dia.
Dan bagaimana pula dia hendak mengenali aku?
BADAR: Tadi, kau kata takut dilaporkan kepada Cikgu Halil.
Teknik pemerian
Contoh:
ZALI segera beredar ikut pintu belakang. Mereka bertiga terus berlalu.
ZALINA dan rakan-rakannya masuk ke kelas. ZALINA terus duduk di dalam
kelas. Selepas itu, BADAR dan rakan-rakannya masuk.
Teknik saspens
Pembaca
tertanya-tanya sama ada rahsia Zali akan terbongkar atau tidak apabila
Zalina membuat keputusan menemui Cikgu Halil setelah dia menerima surat
tanpa nama pengirim itu.
GAYA BAHASA
Peribahasa : Sudahlah! Janganlah masuk bakul, angkat sendiri.
Bahasa Inggeris : member, relax
Sinkope: Li, kau ingat tak apa yang kautanyakan aku semalam!
Similie: otak macam komputer dan gadis yang cantik macam bidadari.
Repitisi: Apabila dia masuk ke kelas, dia akan buka dan membacanya.
Anafora: Aku boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-samanya.
Aku belajar pun, akan bertambah semangat.
LATAR
Latar tempat: di bawah pokok, di satu kawasan lapang, di dalam kelas.
Latar masa: waktu pagi ( waktu persekolahan ).
Latar masyarakat
• Masyarakat sekolah: murid dan guru.
• Masyarakat murid yang gemar melanggar peraturan sekolah.
• Masyarakat yang mengamalkan sikap saling bermaafan.
• Masyarakat pengawas yang tegas menegakkan disiplin.
NILAI
• Ketegasan
• Kebijaksanaan
• Bertanggungjawab
• Bermaaf-maafan
• Patuh kepada arahan
PENGAJARAN
1. Guru mestilah tegas kepada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
2. Sikap saling bermaaf-maafan mestilah diamalkan dalam kehidupan.
3. Setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan bijak.
4. Sikap suka melanggar peraturan sekolah mestilah dihindarkan.
5. Kita mestilah tegas menjalankan tugas yang diamanahkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan